MENGELUARKAN ISU PENEROKA

gayapeneroka

Advertisements


Nazri Abdullah
TEMERLOH, 3 Mac: Seorang peneroka terpaksa menanggung hutang lebih RM85 ribu selepas enam tahun menguruskan ladang tanaman mereka bersama Felda.

Hutang yang begitu besar dalam tempoh singkat itu didakwa akibat menyerahkan urusan tanam semula kepada Felda yang dikendalikan anak syarikatnya Techno Plant sdn Bhd.

Perkara itu didedahkan Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) pada sidang media PAS di markas induk PRK Kerdau di sini.

“Sebagai bukti kegagalan Felda, saya bawa satu contoh, seorang peneroka Felda, hutangnya pada ketika ini setelah lebih kurang enam tahun diurus Techno Plant Sdn Bhd, hutangnya mencecah
RM85,441.63 sen,” katanya sambil menunjukkan slip penyata hutang yang dikeluarkan Techno Plant.

Beliau bagaimanapun tidak menyertakan maklumat lanjut berkenaan peneroka tersebut.

Mazlan mendakwa, Felda melalui anak syarikatnya yang diwujudkan sejak tahun 200d itu mengaut keuntungan melampau di atas usaha dan titik peluh peneroka berbanding syarikat swasta lain.

Sebagai contoh tambahnya, kos tanam semula dengan Felda adalah sebanyak RM10,503 sehektar berbanding Sime Darby (RM3,120) dan Kumpulan IOI (RM1,998) sekaligus membuktikan dakwaan tanam semula dengan Felda murah adalah bohong.

Akibat kos yang mahal itu kata beliau, peneroka terpaksa menanggung hutang yang besar setiap tahun.

Kos yang besar itu pula kata Mazlan langsung tidak sepadan dengan untung bersih yang diperolehi peneroka berbading menanam semula dengan syarikat lain.

Beliau membandingkan keuntungan Felda yang hanya RM40.50 seekar untuk sebulan dengan Wilmar International (RM1050), IOI Group (RM366.30) dan Sime Darby (RM114).

“Kalau diurus secara profesional, tentu lah keuntungannya lebih besar dari syarikat-syarikat lain,” katanya menempelak Felda yang juga turut mendakwa kebun dibawah seliaan mereka diurus secara profesional.

Turut hadir salam sidang media itu Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad dan anggota parlimen Padang Terap Nasir Zakaria.

“Kenapa Felda jadi begini, jadi begini? Kerana disebalik mereka yang menguruskan ini adalah kroni-kroni mereka.

“Mereka inilah yang mengaut keuntungan dan memperalatkan anak-anak peneroka yang bekerja dengan Techno Plant,” jelasnya.

Sehubungan itu beliau menggesa perkhidmatan Techno Plant dihentikan serta merta demi masa depan peneroka.

 


Apabila Dato Hamzah mengumumkan peneroka Jengka 23 seramai 443 orang akan mendapat pampasan dari MPOB sebanyak RM4 ribu 4 hektar,maka ramai ramcangan lain berangan-angan ingin memohon juga terutamanya Rancangan Gugusan Chini dan yang pastinya Felda Chini 4,5 dan sebahagian chini 3 ingin memohon pampasan sama kerana rancangan ini tahun penebangan adalah sama..
Untuk masa ini dimana-mana sahaja perbualan antara peneroka dirancangan ini adalah ingin memohon pampasan sama macam di jengka 23.

Sebenarnya peneroka dirancangan chini 3,4 dan 5 ini tidak tahu keadaan sebenar , sepatutnya pengurus rancangan masing-masing beri taklimat mengapa hanya felda jengka 23 sahaja mendapat pampasan tebang semula dari MPOB ini walau pun tahun penebangan yang sama..

Untuk pengetahuan Peneroka yang terbabit Jengka 23 mendapat pampasan kerana hanyarancangan tersebut sahaja yang berjaya dalam tanaman semula dan dalam bahasa yang paling mudah semua rancangan felda Chini 3,4 dan 5 tidak berjaya dalam tanaman semula.

Pada Rancangan ini harap sedarlah diri jangan nak berangan …padanlah awak semua dengan RM 1450.00 pinjaman sebulan tu….
Kalau nak duit juga masuk ladang kita kutip buah relai kita jual …kita jual ramai-ramai ..main dengan ramai dia orang nak buat apa ?…

Tapi yang terbaiknya kita bersatu kita saman Tecknoplant kerana gagal dalam kerja-kerja ladang,kita tafsir berapa kerugian kita dengan sulaman sahaja menjangkau 72% dalam sesetengan rancangan….kita ada bukti….

 

  Khairil Abdul Rahim TEMERLOH, 4 Mac: Barisan Nasional (BN) didakwa semakin agresif melakukan provokasi sehingga sanggup ‘menyerang’ ke bilik gerakan PAS dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kerdau. Terbaru, kira-kira jam 3.30 pagi tadi, lebih 50 petugas Umno menghampiri markas PRK PAS di Kampung Desa Murni dengan menunjukkan kemarahan, mengeluarkan kata-kata ugutan dan memasang bendera BN melindungi bendera PAS yang telah sedia dinaikkan. Menurut Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Temerloh, Fairus Hisyam Nordin, yang berada di tempat kejadian, apa yang memeranjatkan provokasi tersebut diketuai sendiri oleh Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Said. “Malam tadi kira-kira jam 3.30 pagi lebih 50 orang petugas BN datang ke bilik gerakan PAS di Desa Murni diketuai Ismail Said, mereka berteriak dengan nada marah dan menghamburkan kata-kata berbentuk ugutan. “Masa itu kami dalam khemah cuma ada 15 orang dan tidak melayan provokasi tersebut kerana jika melawan mungkin mereka akan gunakan sebagai kempen di media kononnya PAS ganas, walaupun mereka yang memulakan. “Tak cukup dengan itu, kami syak beberapa orang anggota polis berulang kali mengambil gambar juga untuk tujuan mengugut sebab ada antara kami yang berkerja sebagai kaki tangan awam. Manakala yang lain menaikkan berdera BN di hadapan bendera PAS,” katanya. Tambah Fairus, beliau kecewa dengan tindakan provokasi pihak Umno itu dan akan membuat laporan polis dan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini bagi mengelakkan insiden yang sama berulang. Pusat mengundi Desa Murni dijaga oleh kontingen dari PAS Kawasan Temerloh. Sementara itu Ketua Pemuda PAS Pahang, Suhaimi Saad, kecewa dengan pembabitan ahli parlimen tersebut yang sepatutnya bertindak mempertahankan demokrasi dan keamanan. “Kita faham jika budak-budak Umno yang bertindak secara tidak bertamadun begitu, tapi bila melibatkan seorang ahli parlimen yang merupakan penggubal undang, itu jadi pelik. Sepatutnya dia tidak bertindak kebudaka-budakan walaupun kita tahu Desa Murni ada kampung beliau. “Apa jadi jika Pemuda PAS melayan karenah dan provokasi mereka… tidakkah nanti akan terjadi perkara yang buruk seperti pergaduhan? Kenapa tak boleh fikir?,” soal Suhaimi. Dalam pada itu, seorang penyokong PKR mengadu tayar kereta beliau dipancetkan ketika pergi mendengar ceramah ketua umum parti mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim di Rumpun Makmur malam semalam. Sebelum ini, berlaku juga gangguan kepada program PAS di kawasan Felda Mohamad Sabu berceramah dan Bob Lokman di waktu yang berlainan.

Harakah daily

Lagi Pemesongan Fakta

NONEEkoran kenyataan timbalan perdana menteri yang menyifatkannya tidak mengenang budi kerana tinggal di kuarters sekolah bersama isterinya, seorang guru, tapi bertanding sebagai calon PAS.
Kali terakhir saya menulis ialah pada 22.hb.Jan.2011 itu pun setelah terbaca tulisan sdr Azli Shukri yang mempersoalkan Cik Gu Mala yang bertanding sebagai calon Pas di Tenang,Labis, Johor.
Namun tanpa disangka hari ini terbit pula berita seperti diatas yang mempersoalkan pula Calon Pas di Merlimau, Melaka, yang tinggal di kaurters Guru kerana isteri Calon tersebut seorang Guru tinggal disitu.
Pelik tetapi benar, kenapa seorang yang bertaraf Timbalan Perdana Menteri boleh bersikap seperti kanak-kanak ?
Saya berpendapat, puncanya ialah kerana Umno di benarkan berkuasa terlalu lama sehingga terdapat sesetengah pemimpin Umno telah tidak dapat membezakan diantara hartanya iaitu Umno dengan harta awam iaitu harta Kerajaan.
Lebih teruk lagi apabila terdapat sesetengah pemimpin Umno yang telah terlalu lama memegang jawatan sebagai Ketua Bahagian atau Ketua Cawangan di kawasannya  telah menganggap segala harta milik Umno Bahagian atau Cawangan yang di pimpinnya sebagai harta peribadinya dan apabila berlaku pertandingan merebut jawatan di bahagian atau Cawangannya dan dia kalah, maka mulalah dia melarikan harta milik Bahagian/Cawangan Umno tersebut dan menyembunyikannya, alasan kononnya kerana dia yang berusaha untuk mendapatkan barangan tersebut sebelum ini, inilah rupa pemimpin yang mengaku berjuang untuk rakyat konon.
Nampaknay inilah mentaliti pemikiran yang dimiliki oleh TPM kita Muhyiddin Yasin, sehingga tanpa segan silu beliau mempersoalkan calon Pas Yuhaizad yang bertanding menentang calon Umno tetapi tinggal di kaurters Guru.
Saya sangat percaya, satu sahaja cara untuk mecegah pemikiran ini dari berkembang ialah dengan mengalahkan calon BN di dalam PRU yang ke- 13 akan datang sehingga membolehkan penubuhan Kerajaan baru Pakatan Rakyat, di ketika itu baru mereka sedar dan dapat membezakan diantara harta awam milik Kerajaan dengan harta milik parti yang mereka pimpin ……………………

Artikal dari ababina 328

Untuk semua Pemimpin masyarakat Felda elaun telah dinaikkan bermula pada Januari 2011

  • Pengerusi Gabungan RM 5 ribu setahun
  • GPW Gabungan RM 5 ribu setahun
  • Tim.Pengerusi JKKR Rancangan RM………………
  • Setiausaha JKKR RM ………………
  • Bendahari RM……………..
  • Ketua-Ketua blok RM 50.00 setiap mesyuarat

Pada Ketua blok yang malas pergi mesyuarat rasanya kali ini ia akan lebih rajin lagi……. Pada Pengerusi Gabungan diharap bertambah rajin untuk membela masyarakat Felda Turunlah ke rancangan jumpa masyarakat setempat tanya apa masaalah….. Saya yakin mesti banyak masaalah ….

NAJIB TIPU MELAYU DI KERDAU

PAS TOLAK PEMBANGUNAN, NAJIB TIPU MELAYU DI KERDAU

Oleh: WFAUZDIN NS 

HARI ini Najib `menjual’ orang-orang Felda lagi. Sempena PRK Dun Kerdau yang terdapatnya begitu ramai pengundi-pengundi Melayu felda, Najib membuat janji dan seperti biasa meminta agar pengundi-pengundi memberikan undi kepada Bn jika mahu janji tersebut ditunaikan. SPR tetap macam biasa membisu seribu bahasa. 

PRK di Sibu dahulu, Najib berkata, ‘I Help U, U Help Me’. Di Merlimau, Najib berkata kepada kaum Cina, ‘Gua tolong Lu, Lu tolong Gua’. Hari ini Najib mengulangi cara yang sama di Felda Jengka. Beliau turut menerangkan tentang Islam pada pemikirannya. Najib mendakwa, Islam apa yang PAS perjuangkan? Adakah Islam yang tiada tanah? Adakah Islam yang miskin? Itulah pemikiran Najib terhadap perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.

Benarkah PAS menganggap Islam menolak pembangunan dan Islam menolak kesenangan? Jika benar, mengapa PAS yang lebih kuat berjuang menuntut hak golongan peneroka termasuk hak memiliki tanah? Bukankah PAS yang sering mendedahkan betapa banyaknya tanah-tanah orang Melayu Islam yang tergadai ke tangan kroni-keroni Umno? Tidakkah PAS bersama PR sering menuntut agar rakyat ini terbela, membantah kenaikan harga minyak dan barang keperluan, isu kenaikan gaji dan beberapa isu yang sering menindas rakyat? Adakah ini bukti menunjukkan PAS menganggap Islam mahukan kemunduran dan kesusahan?

Najib sebenarnya takut dengan pendedahan demi pendedahan oleh PAS bersama PR tentang betapa gelojohnya kerajaan Bn yang menindas rakyat. Rakyat sering digula-gulakan dengan habuan yang sedikit, tetapi mereka di atas mengagih-agihkan kekayaan sesama mereka. Buktinya jelas, Najib datang membawa sedikit bekal untuk rakyat ketika adanya pilihanraya, tetapi semasa pulang beliau akan memunggah berganda daripada itu. Di PRK Dun Tenang, pengundi dijamu dengan sedikit habuan, selepas menang Najib umumkan kenaikan harga minyak yang jauh berganda dari yang diberikan kepada pengundi-pengundi di Tenang.

Adakah rakyat di Dun Kerdau tidak boleh menjadi lebih cerdik dari sebilangan mereka di Tenang? Mampukah pengundi-pengundi di Dun Kerdau mengajar Najib bahawa bukan semuaorang-orang Melayu bodoh. Tidak semua orang Melayu lapar sangat kepada pembangunan sehingga lupa kepada amalan rasuah, penyelewengan, kezaliman yang diamalkan oleh pemerintah. Adakah maruah agama boleh dijual dengan sedikit kesenangan yang sementara?/wfauzdin.blogspot.com

Gumpalan Label